Jumaat, 30 September 2011

Pancake Mayonis





Resepi : Kak Hana
Sumber : MasDuniaku 


Bahan :


1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
1 sudu teh (tsp) baking powder

3 sudu besar gula caster (tbsp)
secubit garam
60g butter - dicairkan
1 cawan susu segar
2 biji telur saiz XL (59g)
1-2 sudu besar mayonis - Mas letak 2 sudu
 
Cara membuatnya :


Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. 

Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder.
Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur, juga mayonis. mix menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
Gunakan non stick pan dan api sederhana, masak pancake seperti biasa.



p/s: Kalo boleh sapu minyak pada permukaan non stick pan anda dahulu, supaya pancake kelihatan cantik & gebu.. K. Love U Honey..

Kek Coklat Moist bersama Cheezy..




Bahan Untuk Kek Coklat :
1 cawan serbuk koko [diayak]
3/4 cawan gula halus
250 gm butter
1 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
135 gm tepung gandum [diayak 2 kali]
30 gm vanilla ice-cream powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur

Bahan Untuk Lapisan Cheese :
250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur A
30 gm tepung gandum/superfine

Caranya :


Cara Untuk Kek: Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Ketepikan.


Untuk Lapisan Cheese: Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu. Bahagikan kepada dua bahagian.


Cara Melapis: Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan dengan sedikit butter. Kukus selama 15-20 minit. Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache resepi dibawah atau resepi pilihan anda masing-masing.



p/s: kena cuba dululah, kalo terliur melihat kek cok. moist tu ..hihihihi :) Love U, Honey

Kek Cawan Perisa Vanilla

J.u.m.a.a.t. 3.0.S.e.p.t.e.m.b.e.r.2.0.1.1.
A.s.s.a.l.a.m.u.a.l.l.a.i.k.u.m..


sumber http://reenkhan7067.blogspot.com/2011/09/vanilla-cupcake.html

Bahan A
mentega 100g
gula kastor 100 g
garam 2/3 sudu teh

Bahan B
Telur 2biji
Vanilla 1 sudu teh

Bahan C (ayak dulu bahan C)
superfine flour 100g
baking power 1/3 sudu teh

Caranya
pukul (A) hingga naik dan kembang
masuk kan (B) dengan perlahan kacau rata
masuk kan (C) pukul dengan kelajuan yang rendah selama 15 saat.
sudukan dlm paper cup dua pertiga penuh

bakar 15-20 160c hingga naik dan berwarna keemasan.api atas bawah





p/s: Cubalah yer.. anak2 rozie suka kek nie, kalo nak x terlalu manis kurangkan kuantiti gulanyer K. Selamat Mencuba.. Love U, Honey.