1 cawan serbuk koko [diayak]
3/4 cawan gula halus
250 gm butter
1 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
135 gm tepung gandum [diayak 2 kali]
30 gm vanilla ice-cream powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur
Bahan Untuk Lapisan Cheese :
250 gm cream cheese
100 gm coklat masakan putih
2 biji telur A
30 gm tepung gandum/superfine
Caranya :
Cara Untuk Kek: Masukkan serbuk koko, susu pekat, susu segar, mentega dan gula kedalam mangkuk dan masak dengan kaedah double boil. Bila semua bahan cair, matikan api dan biarkan ia sejuk sebentar. Ayak tepung bersama bicarbonate soda ketepikan. Pukul telur tak payah sampai kembang. Masukkan adunan coklat tadi dan gaul rata. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Gaul menggunakan spatula. Ketepikan.
Untuk Lapisan Cheese: Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu. Bahagikan kepada dua bahagian.
Cara Melapis: Bahagikan adunan coklat kepada 3 bahagian. Masukkan satu bahagian ke dalam loyang yang telah digriskan dengan dengan sedikit butter. Kukus selama 15-20 minit. Kemudian lapiskan pula satu bahagian lapisan cheese dan kukus lagi selama 15-20 minit. Lakukan proses yang sama sehingga habis adunan digunakan.
Setelah sejuk, keluarkan daripada loyang dan hiaslah dengan coklat ganache resepi dibawah atau resepi pilihan anda masing-masing.
p/s: kena cuba dululah, kalo terliur melihat kek cok. moist tu ..hihihihi :) Love U, Honey
Tiada ulasan:
Catat Ulasan