Jumaat, 7 Oktober 2011

Gula-Gula Kelapa



BAHAN-BAHANNYA...
  • 5 cawan kelapa parut putihnya sahaja...( sukatan kelapa dalam cawan dimampatkan/ditekan....)
  • 740 grams susu pekat...
  • 2 cawan gula pasir...
  • 1 sudu kecil esen vanila..
  • 60 grams butter..
  • 3 helai daun pandan disimpulkan....
  • Pewarna  hijau dan oren.....( Warna ni ikut citarasa masing2 k...)
  • Pembalut candy/coklat berwarna warni.... ( Ada di jual kat bakery shop....)


CARA - CARA PENYEDIAANNYA.....





  • Kelapa parut dimasak didalam kuali bersama daun pandan yg disimpulkan tadi..( Sebaiknya guna Non Stick Pan....)
  • Bila kelapa parut dah agak kering sedikit....masukkan susu pekat dan gula...juga vanila esen
  • Masak dan kacaulah adunan sehingga pekat dan tidak melekat lagi dikuali....
  • Setelah pekat baru  masukkan butter....masak dan kacau lagi hingga betul2 masak....untuk memastikan candy cukup dimasak....ambil sedikit candy bulatkan dan masukkan kedalam air sejuk...bila candy tidak berubah bentuk dan agak keras sedikit bila dipicit...bermakna candy telah cukup dimasak...
  • Keluarkan candy dari kuali...bahagikan kepada 2 bahagian...campurkan pewarna...dan uli sebati warnanya...
  • Sediakan 2 loyang bersaiz 7" x 7" ...sapukan shortening...lapikkan ngan aluminium foil melebihi dari ketinggian loyang....sapukan sedikit butter....
  • Masukkan adunan candy kedalam loyang...rata...tekan dan mampatkan....pastikan betul2 mampat...
  • Proses menekan dan memampat candy harus dibuat pantas dan ketika candy masih lagi panas....
  • Setelah candy sejuk...simpanlah dalam fridge lebihkurang 1 - 2 jam....semalaman pun tak pe...
  • Keluarkan dari fridge....potonglah candy mengikut saiz kesukaan masing2....Balutlah dengan pembalut warna warni....siap dah candy kita..... :)


.

Kalau tak larat nak kacau banyak2...boleh guna separuh dari sukatan kat atas....letih tgn kacau oooo....5 cawan .... lebihkurang 2 biji kelapa....arghhhh.....lenguh2 sumenya....he he he...

Zaman sekarang ni memang susah gak nak jumpa coconut candy ni.....selalunya aku suka makan candy ni bila lepas makan nasi....saja mulut tu nak rasa yang manis2...emmmmm....memang sedap....cuma pada penghidap kencing manis.....dinasihatkan tidak memakannya....manissssss.....kalau nak merasa gak boleh....sebiji je tau...lebih2 tak leh...... :)

Muffin Coklat Daim


Sumber Rujukan : The Muffin Collection CookBook Susanna Tee from LoveFood
Terjemahan/Olahan : KitchenIsMyWorld


BAHAN-BAHANNYA....



  • 225 grams tepung kek super fine blue key..( nak guna jenama lain pun boleh....)
  • 55 grams sebuk koko
  • 1 sudu besar baking powder ( ku guna 1/2 sudu besar Double Action Baking Powder...)
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 115 grams gula pasir perang
  • 2 - 3 sudu besar butterscotch chips (optional...)
  • 2 biji telur grade A
  • 250 ml whipping cream UHT jenama Anchor...
  • 6 sudu besar minyak canola @ 85 grams butter yg dicairkan
  • 1 sudu kecil vanila extract
  • Daim Chocolate secukupnya...


CARA-CARA PENYEDIAANNYA...

  • Ayak tepung bersama serbuk koko....masukkan kedalam mangkuk pengadun...campurkan garam...baking powder...butterscotch chips dan gula ....kacau sebati..ketepikan
  • Campurkan telur dan whipping cream...kacau sebati...kemudian campurkan minyak masak canola @ butter yang telah dicairkan....dan vanila extract...kacau sebati sume bahan2 cair ini....
  • Masukkan bahan cair ke dalam bahan2 kering...gaul sekadar tepung bersatu...jgn overmix adunan....
  • Scoop separuh adunan kedlm paper cup @ pun muffin baking pan....kemudian letakkan daim chocolate ditengahnya dan scoopkan sebahagian lagi adunan kedalamnya...anggaran sukatan lebihkurang 3/4 penuh paper cup @ muffin baking pan....
  • Panaskan oven 180 darjah Celcius...bakar  dalam lingkungan 20 - 25 minit....atau sehingga muffin masak....bila lidi dicucuk bersih...bermakna muffin telah masak....

Popia Basah Kak Ita



By : Umie

Bahan untuk kulit popia


2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 
3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka 
secubit garam

Cara2 untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi 
Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan 

Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam 
Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper  
Buat dari arah jam 
Mulakan dari tepi dulu 
Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan 
Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar 
Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
Boleh disusun berlapis2 ia tak melekat


Ini cara bagaimana ita buat pula.
Letakkan sesudu adunan kulit popia dalam pan yg tak melekat
Dengan menggunakan lapik tuk ratakan kek ita ratakan adunan tadi dengan arah putaran jam
Buat nipis aje ye! 
Pas tu bakar dengan api yg kecil aje sampai kulit popia masak
Pas tu tarik kulit popia perlahan2.

Bahan untuk inti

1/2 biji kobis - diricik halus 
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 
1 biji sederhana bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu makan udang kering 
garam secukupnya 
minyak untuk menumis 

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.


Bahan untuk sambal



15 tangkai cili kering 
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
2 sudu besar kicap manis 
minyak untuk menumis 
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar - jika suka 


Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.




Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal 
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng 
lipat macam biasa dan gulung 
sedia untuk dimakan
Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh
Ikut selera masing-masing 


Kek Chiffon Pelangi



Di terjemahkan oleh : Kak Ummi
Bahan (adunan kuning telor) :-

  • 50 gm. gula kastor
  • 20 gm susu tepung
  • 20 gm tepung jagung
  • 140 gm tepung
  • 1 sk. baking powder
  • 100 ml minyak sayur/minyak jagung
  • 100 ml santan (akak guna santan kotak)
  • 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
Bahan (adunan putih telor):-

  • 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sk. garam
  • 1 sk. cream of tartar (optional)
Pes Warna Pelangi:- (*akak buat 3 warna sahaja - merah, stawberi n plain)
  • 1/2 sk. pes pandan
  • 1/2 sk. pes strawberi
  • 1/2 sk. pes coklat
  • 1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
  2. Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
  4. Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
  5. Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
  6. Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
  8. Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.

Ita campurkan bahan aduna putih telur ke dalam kuning telur sedikit2 dan kacau dgn cara kaup balik, kemudian ita bahagikan kepada 4 bahagian dan ita letak pewarna dan perisa yg ita suka. Kemudian tuang setiap adunan dlm anggle pan dgn cara berselang seli. Setelah siap setiap lapisan kemudian ita bakar dgn suhu 165C (ikut oven ita) selama 1jam.


Kek chiffon ita ni tertanggal sendiri dari pan. mungkin sebab ita menggunakan santan. oleh kerana itu cuba lihat di pic atas permukaan luarnyer licin aje... sebab ia tanggal sendiri...

Khamis, 6 Oktober 2011

Kek Valvet Kak Azlita


Bahan-bahan:

1 1/4 cup tepung - ita guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - ita guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tanpa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ita guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven ita guna 165 C
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.

Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.

Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Ita bakar selama 1 jam.

Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.


Cream cheese frosting

125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula 

*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

Asam Pedas Daging







ASAM PEDAS DAGING
by : Chef Hanieliza

500 gm daging - dipotong kecil (ita guna batang pinang)
7 helai daun limau perut
1 pokok daun ketumbar
2 biji tomato - dipotong baji
1 kuntum bunga kantan - ita tambah
2 cwn air
1 cwn air asam jawa
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
1 kiub daging - ita tambah

Bahan Kisar

10 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inc lengkuas
1 1/2 inc halia
3 btg serai
3 biji buah keras
1 inc belacan
4 helai daun limau perut - ita tambah
1 pokok daun ketumbar - ita tambah


Ita kisar sekali daun limau perut dan daun ketumbar bersama2 bahan kisar dan tinggalkan 3 helai daun limau perut untuk disiat2 dalam lauk.
Sekiranyer tidak menggunakan daging batang pinang, seeloknyer daging itu di rebus terlebih dahulu. Dan 2 cwn air tu gantikan dgn 2 cwn air rebusan daging.
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
Masukkan air asam jawa, ita masukkan sekali kiub daging dan biarkan seketika sehingga daging masak dan empuk.
Kemudian masukkan daun limau perut, tomato dan bunga kantan. Biarkan reheh sehingga pekat dan pecah minyak.
Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.


Stew Daging & Resepi Pes Bawang


STEW DAGING
by: Raidah
source : Hana


Bahan-bahan


500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Cara-cara

Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG
by: Raidah

Bahan-bahan

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Begedil Daging

by : Diana


Resepi untuk 30 biji 


1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat 

300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa 
1 biji cili merah - di cincang halus - ita tambah


Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.


Kuih Suji



Photobucket - Video and Image Hosting
Resipi from Kak D
Bahan-bahan:

750gm tepung gandum
500gm gula aising
500gm minyak sapi
1 1/2 sudu garam

Cara-cara:
  • Pukul gula aising,minyak sapi dengan garam sampai sebati.
  • Masukkan 3/4 tepung dan gaul.Kemudian barulah masukkan 1/4 tepung tuh sikit-sikit bergantung kepada kelembapan doh.
  • Kemudian bulat-bulatkan.Hiaskan dengan ceri dan bakar sampai masak

Marble Cheesecake




Photobucket - Video and Image Hosting
recipe taken from Kak Rinnchan's fp


Bahan A :

180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:

250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :

1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong. 

Tart

Egg Tart

Recipe dari Abg Bakhtiar..sedap..byk kali buat mmg pakai resepi ni...



Pastri:

500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila

Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

Filling:

250g Air
125g Gula--> saya kurangkan sedikit..
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)

Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

Method:

Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.
Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Pau





Bahan:

300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g yis
30g gula halus
18g minyak sayur--> saye pakai 15ml minyak masak

Cara:

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
    Pau1
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
    Pau2
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
    Pau3
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


rupa dalam nye..saye suke inti byk..kalau buat sendiri..susah pon takpe..sbb puas ati leh taruk byk2 inti..:D:D

nota kaki:resipi dan gamba dekat cara2 tuh saye copy paste dari myresipi..terima kasih kepada penyumbang resipi..Yani@myresipi..