Super Moist Chocolate Cupcake
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan:
* 100g Serbuk Koko*
* 180g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder
*Papercups/kertas cawan secukupnya
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!
Kek yang moist dan kaya rasa coklat..sedappp!
[gandingan warna putih dan ungu,tiba2 ada juga warna biru di situ.hee..]
Terima kasih kat ahkak yang bagi papercups comel tu sekali lagi..hehe..memang tak abis lagi sebab dia bagi banyak..best2.
[gandingan warna putih dan ungu,tiba2 ada juga warna biru di situ.hee..]
Terima kasih kat ahkak yang bagi papercups comel tu sekali lagi..hehe..memang tak abis lagi sebab dia bagi banyak..best2.
Note: Jika korang perasan,dalam resepi tu aku ada bagitau suh tapis adunan kan,sebenarnya tu optional jer tapi aku syorkan sebab itu antara tips untuk dapatkan tekstur kek laaaagi cantik dan halus je kejadiannya nanti..
Biasanya aku praktikkan untuk kek2 atau puding2 yang cair adunannya. Jadi kita akan dapat adunan yang benar2 sebati dan tidak berketul2. Kadang2 ada jer serbuk koko ke,tepung ke yang tidak sebati dalam adunan yang tidak menggunakan mixer ni..
Lagi satu,nak tuang adunan ke dalam papercup lebih senang gunakan jug sebab adunan cair kalau nak guna plastik deko tu..kalau adunan pekat senang ler nak picit2 jer kan..
Harap ia dapat membantu..selamat mencuba lah yer.. ^_

Tiada ulasan:
Catat Ulasan