KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by: izah
Sumber : Rabiatun
Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng
caranya:
- Panaskan kukusan.
- Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
- Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
- Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
- Kukus sehingga masak (30-40 minit).
- Tunggu sejuk kemudian hidang.
Tips Dari Izah:
*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil. (Tun guna loyang 6")*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu.Lain kali Tun nak letak kurang dari 1/4 cup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan