Jumaat, 7 Oktober 2011

Popia Basah Kak Ita



By : Umie

Bahan untuk kulit popia


2 cawan tepung gandum 
1 biji putih telor 
3/4 cawan air 
2 sudu makan cuka 
secubit garam

Cara2 untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi 
Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan 

Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam 
Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper  
Buat dari arah jam 
Mulakan dari tepi dulu 
Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan 
Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar 
Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
Boleh disusun berlapis2 ia tak melekat


Ini cara bagaimana ita buat pula.
Letakkan sesudu adunan kulit popia dalam pan yg tak melekat
Dengan menggunakan lapik tuk ratakan kek ita ratakan adunan tadi dengan arah putaran jam
Buat nipis aje ye! 
Pas tu bakar dengan api yg kecil aje sampai kulit popia masak
Pas tu tarik kulit popia perlahan2.

Bahan untuk inti

1/2 biji kobis - diricik halus 
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus 
1 biji sederhana bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 sudu besar sos tiram 
1 sudu makan udang kering 
garam secukupnya 
minyak untuk menumis 

Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.


Bahan untuk sambal



15 tangkai cili kering 
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
2 sudu besar kicap manis 
minyak untuk menumis 
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar - jika suka 


Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.




Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal 
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng 
lipat macam biasa dan gulung 
sedia untuk dimakan
Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh
Ikut selera masing-masing 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan