Di terjemahkan oleh : Kak Ummi
Bahan (adunan kuning telor) :-
- 50 gm. gula kastor
- 20 gm susu tepung
- 20 gm tepung jagung
- 140 gm tepung
- 1 sk. baking powder
- 100 ml minyak sayur/minyak jagung
- 100 ml santan (akak guna santan kotak)
- 140 gm kuning telor (anggaran 8 biji)
- 300 gm putih telor (anggaran 9 biji)
- 150 gm gula kastor
- 1/2 sk. garam
- 1 sk. cream of tartar (optional)
- 1/2 sk. pes pandan
- 1/2 sk. pes strawberi
- 1/2 sk. pes coklat
- 1/2 sk. esen vanila
Cara Membuat:-
- Panaskan oven dahulu pada suhu 180C. Sediakan loyang chiffon 22/24 cm (loose pan). Tak perlu dilenser dan dialas.
- Whisk gula dan kuning telor hingga sebati.
- Dalam mangkuk lain, campurkan gula, tepung, susu tepung, tepung jagung dan baking powder yang telah diayak 3 kali.
- Ruangkan ditengahnya dan tuang campuran kuning telor dan gula tadi, santan serta minyak. Kacau dari bahagian tengah ke tepi mangkuk hingga sebati dan mendapat adunan yang lembut. Ketepikan.
- Kemudian dalam mangkuk lain, pukul putih telor hingga berbuih, masukkan cream of tartar dan gula 3 peringkat dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak/diterbalikkan adunan tidak jatuh). Note: Jika ikut Rima, dia membahagikan dulu kesemua adunan putih telor dan adunan kuning telor kepada beberapa bahagian mengikut warna yg akan digunakan sebelum dicampurkan dengan warna2 tersebut.
- Kemudian masukkan juga esen vanila kepada aduann plain, kacau sebati jugak.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang berselang seli dan bakar selama 45 minit atau hingga kek nampak "spongy" jika ditekan sikit.
- Setelah masak, terus terbalikkan kek dan biarkan hingga betul-betul sejuk baru digunakan pisau dan lalukan di tepi dan dasar loyang agar kek tertanggal. Potong dan hidangkan.
Ita campurkan bahan aduna putih telur ke dalam kuning telur sedikit2 dan kacau dgn cara kaup balik, kemudian ita bahagikan kepada 4 bahagian dan ita letak pewarna dan perisa yg ita suka. Kemudian tuang setiap adunan dlm anggle pan dgn cara berselang seli. Setelah siap setiap lapisan kemudian ita bakar dgn suhu 165C (ikut oven ita) selama 1jam.
Kek chiffon ita ni tertanggal sendiri dari pan. mungkin sebab ita menggunakan santan. oleh kerana itu cuba lihat di pic atas permukaan luarnyer licin aje... sebab ia tanggal sendiri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan